Skip to main content

KECEDERAAN MENISCUS

KECEDERAAN MENISKUS/MENISCUS INJURY


Dewasa ini, seiring dengan perkembangan sukan di dunia, ramai di antara kita menjadikan sukan sebagai karier utama ataupun sebagai salah satu hobi.Lazimnya,kecederaan lutut adalah kecederaan yang biasa di alami oleh para atlet dan mereka yang aktif bersukan. Ini adalah kerana, lutut merupakan sendi sinovial yang terbesardan paling kompleks di dalam tubuh. Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada meniskus sahaja..TETAPI ADA JUGA SESETENGAH PESAKIT SAYA MENDAPAT KECEDERAAN MENICUS INI AKIBAT DARI JATUH,OSTEOARTHIRITIS (keradangan sendi) atau pon kemalangan kereta.




Secara umumnya, sendi lutut terdiri daripada artikulasi antara femur(tulang peha), tibia(tulang betis) dan juga artikulasi antara patella (tempurung lutut) dan femur. Meniskus adalah salah satu kompenan penting di dalam sendi lutut. Meniskus merupakan jaringan fibrokartilago yang berbentuk seperti huruf c, terletak di antara femur dan tibia. kecederaan meniskus merupakan cedera yang sering terjadi pada olahraga yang banyak melibatkan gerakan seperti mencangkung, melompat dan berpusing secara mendadak dan berlebihan. Meniskus berfungsi seperti kusyen, ia akan bertindak memperlebarkan dan memperdalamkan kontak antara femur dan tibia, seterusnya mengurangkan tekanan pada kartilago artikular. Selain itu, ia juga akan menyebarkan beban yang diterima dan menstabilkan sendi dan fungsi lubrikasi pada cairan lutut.

Antara sebab-sebab berlaku kecerderaan pada meniskus


1.Bagi gelongan muda kecerderaan meniskus adalah daripada kecerderaan sukan
2.Bagi mereka berusia pula ia mungkin disebabakan proses degenerasi iaitu apabila meningkatnya umur seseorang meniskus akan mudah terkoyak disebabkan kartilago melemah dan menjadikan meniskus samakin menipis.


Simptom-simptom Meniskus koyak

1.Sewaktu kecerderaan bunyi 'pop' akan kedengaran
2.Jika tahap kekoyakan tidak serius, pesakit masih boleh berjalan dan menggerakkan kaki tetapi selepas 2 ke 3 hari, lutut akan membengkak dan menjadi ketat.
3.Lutut berasa seperti mengunci.
4.Pergerakan terbatas.              
               


Bagaimana kecerderaan Meniskus boleh dirawat?

1.Rehat,ice,balut lutut dengan bandage elastik dan tinggikan kaki ketika berbaring.
2.Rawatan fisiotrapi.
3.rawatan pembedahan untuk membaiki meniskus.
4.Rawatan untuk menggantikan meniskus yang koyak.

Apakah komplikasi jika kecederaan meniskus ini tidak di rawat?

Pesakit akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit osteoarthrittis, kesan daripada kelemahan sendi lutut dan otot- otot yang menyokongnya. Lutut akan menerima beban yang  lebih tinggi daripada kemampuannya,seterusnya akan menghasilkan daya geseran yang berlebihan.

Bagaimana rawatan fisioterapi dapat membantu?

Terlebih dahulu ahli fisioterapi akan memeriksa keadaan pesakit, untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan meniskus yang dialami oleh pesakit. Menjalani rawatanfisioterapi adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain. Fungsi rehabilitasi adalah untuk mengembalikan pergerakan yang terbatas, kekuatan otot-otot yang telah melemah dan daya ketahanan pada lutut.

Jika pesakit yang menjalani pembedahan, lazimnya doktor akan menasihatikan pesakit supaya tidak menggerakkan lutut dan kaki dalam satu tempoh masa yang lama. Ini akan diikuti dengan waktu dimana pergerakan akan menjadi terbatas disebabkan oleh otot-otot dan salur darah yang tercedera dan menjadi ketat dalam proses penyembuhan. Dalam hal ini,fisioterapi berperanan untuk merangka dan menunjukkan senaman-senaman yang bersesuaian mengikut tempoh kecederaaan dan keadaan pesakit.        

Selain itu, fisioterapi juga berperanan untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain akibat daripada kecederaan meniskus seperti osteoarthritis dan mengelakkan pesakit daripada mempercepatkan proses degenarasi berlaku pada sendi lutut.




            
 Ultrasound machine boleh membantu mempercepatkan penyembuhan tisu lembut yang koyak




K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,
JALAN CEMPAKA, KAMPUNG RAJA UDA ,
42000, PELABUHAN KLANG,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI :
AHAD-RABU : 9:30am-5:30pm
KHAMIS :9:30-1:30pm
JUMAAT DAN CUTI AM (TUTUP)

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH

WHATAPPS/CALL/SMS

016-321 6704 (PN. FARAH)
0178253284 (MISS ZIELA)
017-378 9275 (MISS EYRA)


PAGE FB : K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

Comments

  1. Sy pesakit saraf leher.. kebas belakang tengkuk bahu bahkan tangan smpi kaki.. setiap bln kna pegi fisioterapi kat hospital.. takde perubahan..

    ReplyDelete
  2. Sy pesakit saraf leher.. kebas belakang tengkuk bahu bahkan tangan smpi kaki.. setiap bln kna pegi fisioterapi kat hospital.. takde perubahan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704

Popular posts from this blog

TERAPI BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN DAN DARAH BEKAM dalam Bahasa Arab dikenali dengan hijamah adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.                Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif. Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama. Seperti juga rawatan lain, amalan berbeka

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja Anda j

SLIP DISC LUMBAR (SAKIT TULANG BELAKANG)

SLIP DISC/PROLAPSED INTERVERTEBRAL DISC/LOW BACK PAIN/SAKIT TULANG BELAKANG Assalamualaikum, dan selamat sejahtera semua yang membaca artikel saya ini..hari ini saya ingin membincangkan tentang topik SAKIT PINGGANG/SLIP DISC. Sepanjang saya berkhimat dengan masyarakat selama lebih 12 tahun ini, saya telah merawat beratus2 pesakit yang mengalami masalah seper ti ini..ada yang kesakitan yang melampau ade yang sakit hanya ketika bergerak ade yang sakit apabila hendak melakukan aktiviti tertentu. Ada yang boleh berjalan ade yang tidak boleh berjalan. So hari ni kita akan bincangkan secara terperinci apa sebenarnya yag telah terjadi pada badan anda..lebih banyak pengetahuan yang anda ada untuk masalah fizikal anda akn lebih lancar proses pemulihan anda. APA ITU SLIP DISC ? Gambar di atas ialah gambar menunjukan di mana disc itu sebenarnya disc adalah sejenis pelapik atau kusyen di antara 2 tulang spine kita ,disc ini adalah terdiri dlm bentuk cecair dia amat lembut d