The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitihalina5682, 2021-06-25 23:18:33

ANDA TANYA SAYA JAWAB - BAHAGIAN 1

ANDA TANYA SAYA JAWAB - BAHAGIAN 1

Unit Bimbingan & Kaunseling
SMK Layang – Layang

81850 Layang – Layang, Kluang ,
Johor


#WE CARE WE LOVE#

ANDA TANYA, SAYA JAWAB SLOT 1

Mengapa saya sukar untuk tidur

Jawapan:
Terima kasih kepada Saudara yang bertanya . Jom kita lihat antara sebab utama
yang mempengaruhi proses tidur anda.

Sebab-sebab utama yang boleh menyebabkan kecelaruan tidur anda:
• 1. Gaya hidup yang tidak teratur
• 2. Masalah-masalah fizikal seperti mengalami kesakitan, masalah pernafasan,
• kerap kencing waktu malam
• 3.Gangguan psikologikal atau penyakit mental
• contohnya skizofrenia , kemurungan, kebimbangan , stres dan lain-lain.
• 4. Penyalahgunaan dadah dan alkohol
• 5. Faktor persekitaran seperti terlalu bising, panas atau terang

Kesan dan akibat
• Masalah tidur boleh mengganggu pemikiran,emosi dan tingkah laku. Ia juga

menjejaskan
• kerja, pembelajaran dan perhubungan seharian. Anda akan :
• Cepat menjadi marah
• Sukar mengawal emosi
• Sukar memberi tumpuan/perhatian
• Kemungkinan boleh membuat kesilapan
• Berisiko terlibat dalam kemalangan dan kecederaan



ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Rawatan
1. Dapatkan bantuan profesional:
a. Doktor anda akan mengenal pasti penyebabnya dan memberi

rawatan bergantung kepada sebab-sebab tersebut.
b. Rawatan tingkahlaku melibatkan cara amalan tidur yang sihat dan

teknik relaksasi
c. Doktor anda mungkin akan memberi ubatan yang sesuai.

Masalah tidur boleh dicegah menerusi pendekatan berikut:
1. Mengamalkan rutin tidur yang sihat dan teratur
2. Mengamalkan gaya hidup sihat dan pengurusan stres yang baik.
3. Hindari dari penyalahgunaan dadah, alkohol dan bahan larangan

yang lain
4. Patuh kepada rawatan untuk masalah-masalah fizikal atau

mental.

Cara Pemulihan melalui amalan tidur yang sihat

1. Tukar tabiat anda
a. Berhenti merokok
b. Jangan tidur pada siang hari
c. Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
d. Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

2. Ubahsuai persekitaran tidur anda
a. Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur sahaja.
b. Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa

3. Amalan sebelum tidur
a. Ikut jadual tidur yang tetap.
b. Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
c. Tidur bila rasa mengantuk
d. Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Penyebab susah tidur menurut islam yang harus anda hindari:
- Seperti makan terlalu malam, Makan ubat – ubatan
- minum – minuman yang mengandung kafein seperti kopi atau

minum suplemen.
- Untuk agama islam merupakan sebuah agama yang tidak hanya

mengatur anda dalam beribadah dan ritual saja. Akan tetapi
dalam kehidupan sehari – hari juga ada ajaran dan anjuran yang
bisa kita ikuti untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Sesuai tuntunan yang telah diajarkan oleh rasulullah SAW.

Dan sebagai umat pengikut nabi SAW, sudah selayaknya kita
mengikuti setiap ajaran beliau. Dan ada beberapa amalan dan
adab sebelum tidur yang diajarkan beliau diantaranya adalah:

-Jangan tidur meniarap
-Selalu berdoa sebelum tidur
-Berbaring diatas rusuk sebelah kanan dan badan menghadap kiblat
-Mematikan lampu sebelum tidur
-Pastikan membaca surat al – ikhlas, al falaq dan an naas kemudian
meniupkannya pada kedua telapak tangan. Dan anda
pun mengusapkan ke seluruh bagian depan tubuh yang dapat
disentuh sebanyak 3 kali.
-Membersihkan tempat tidur dengan mengibas – kibaskan kain
-Melakukan sholat witir
-Berwudhu sebelum tidur
-Waktu tidur tidak larut malam, karena rasulullah selalu tidur setelah
sholat isya.

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Maksudnya; “Ya Allah, telah malap bintang-bintang,
dan telah tenang mata-mata manusia dan Engkau

Maha Berkuasa, Wahai Yang Maha Berkuasa,
lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

(Riwayat Al-Tabrani dan Ibnu Sunni no 749 tahqiq
Ahmad Tahir).

: DARI PELAJAR RUNSING

ANDA TANYA, SAYA JAWAB SLOT 1

Persepsi pelajar yang “menyatakan pandangan Guru

terhadap batch mereka yang dikatakan bermasalah “

Jawapan:
Terima kasih pada saudari yang bertanya .

Anak – anak yang dikasihi sekalian, Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dlm
hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapa dan lain –
lain lagi. Hakikatnya, tiada yang menafikan bahawa berfikir positif dapat membantu
mereka menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Pun begitu, sekadar percaya bahawa
pemikiran sebegitu adalah baik untuk kita adalah sangat jauh daripada
mencukupi.Sebaliknya kita harus tekad untuk belajar dan membudayakan pemikiran
positif setiap hari. Ini bermakna, jika mengamalkan sikap sedemikian, sekurang-kurangnya
kita dapat bertahan dengan baik walaupun dikelilingi persekitaran yang negatif. Namun,
sejauh mana kita boleh bertahan?Sebetulnya, bukan mudah untuk bertahan dalam
persekitaran yang negatif. Ini kerana, persekitaran yang negatif membolehkan banyak
perkara di luar jangka boleh berlaku.
JOM KITA RENUNGKAN

• Saidatina Aisyah bertanyakan kepada Rasulullah SAW, "Bagaimana seseorang itu
mendapat keutamaan di dunia. Baginda SAW menjawab: Dengan akalnya. Saidatina
Aisyah bertanya lagi: Bagaimana seseorang itu mendapat keutamaan di akhirat.
Baginda menjawab: Dengan akalnya. Lantas Aisyah bertanya: Bukankah seseorang itu
mendapat keutamaan dengan amalnya? Lalu Rasulullah SAW menjawab: Seseorang itu
beramal mengikut kadar akalnya." (Riwayat Tirmidzi)

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

• Pada waktu tertentu, hati mencorakkan cara kita berfikir, tetapi dalam banyak waktu akal
menentukan corak dan bentuk fikiran seterusnya hati. Sebab itu golongan bijak pandai
menyebut, akal itu pelita bagi hati.

• Ada juga menyatakan akal itu telinga hati. Jika apa didengar dan dilihat itu perkara yang
baik, nescaya seorang itu akan dapat menuai sebanyak mungkin kebaikan. Begitu juga jika
ruang fikiran dipenuhi kejernihan ilmu, cara berfikir yang baik akan menghasilkan
pemikiran positif..

• Justeru, apa yang kita lakukan setiap hari akan menentukan hasil yang diperoleh. Jika
waktu yang dimiliki dibazirkan dengan perkara sia-sia, ia tidak akan mendatangkan
kejayaan melainkan kegagalan.

• Pakar menyebut, kegagalan seorang itu kerana tidak menggunakan waktu dengan bijak.
Orang berjaya menggunakan masa dengan rutin yang produktif seperti mengisi waktu
dengan ilmu, kuat bekerja, banyak amal ibadat kepada Allah SWT.

DITERJEMAHKAN DENGAN PERBUATAN

• Antara perbuatan menentukan kita memperoleh kejayaan ialah cara berfikir. Corak fikiran
positif akan mempengaruhi hati yang stabil seterusnya mempengaruhi setiap tindak
tanduk. Oleh itu, kita perlu mengawal corak fikiran kerana ia mempengaruhi emosi dan
tindakan yang bakal diambil.

• Cerdik pandai menyebut, fikiran bukan apa yang kita fikirkan mengenai diri. Ramai orang
berfikir dan mendakwa dirinya positif serta baik, tetapi ia tidak diterjemahkan dalam
corak pemikirannya.

• Ertinya, apa yang kita fikir, ucap, digerakkan melalui rasa, emosi dan ditunjukkan melalui
perbuatan. Itulah yang disebut corak fikiran kita bukan perasaan atau penilaian terhadap
diri sendiri.

• Hakikatnya, kita sendiri boleh membuat penilaian terhadap diri. Sepanjang hari berapa
banyak kita bersangka baik terhadap orang lain, sejauh mana kita positif dengan
persekitaran kita dan bagaimana kita berdepan dengan situasi dilalui.

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

JADILAH SEPERTI SEMUT DAN GULA

• Gula dan semut dalam situasi berhubung rezeki, ada yang berfikir mahu seperti semut
gigih mencari rezeki. Namun ada pula berfikir seperti gula. Cara berfikir seperti gula,
bagaimana 'memaniskan' diri dengan bertindak baik untuk menarik lebih banyak rezeki.

• Oleh itu, kita akan selalu bertindak, berfikiran baik akan dan kata-kata seperti gula manis
yang boleh mendatangkan kegembiraan kepada orang lain dan seterusnya mendatangkan
rezeki buat kita juga.

• Begitulah corak berfikir, jadilah seperti gula yang sentiasa memberi rasa manis sehingga
menarik perhatian sesiapa sahaja dan akhir natijahnya mendatangkan kebaikan kepada diri
sendiri serta orang lain.

• 5 CARA MENGUBAH PERSEPSI
• Tidak perlu dilawan, cubalah terima kenyataan bahwa masalah memang sedang terjadi
• Carilah sebanyak mungkin perkara yang boleh kamu syukuri di tengah-tengah masalah

yang ada
• Temukan pelajaran penting dari semua masalah yang terjadi
• Jangan hanya berdiam diri, lakukan sesuatu yang bermanfaat
• Miliki harapan positif agar kamu tidak tenggelam dalam pahitnya masalah

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

DARI : SRIKANDI HEBAT

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Mengapa saya suka menyendiri., Adakah ia sesuatu
yang normal. Bilik adalah tempat yang saya rasa
paling selamat

Jawapan:
Terima kasih kepada saudari yang bertanya.
Seseorang yang tidak mempunyai rakan yang ramai dan suka meluangkan masa
bersendirian biasanya dipanggil menyendiri.Mereka sering disalah anggap menjalani
kehidupan yang sepi dan murung. Sebenarnya dengan meluangkan masa dengan diri
sendiri membuatkan hidup mereka lebh gembira. Masa yang diluangkan untuk diri
sendiri membuatkan mereka lebih peka dan bijak.

PERSONALITI ISTIMEWA YANG DIMILIK OLEH MEREKA YANG SUKA MENYENDIRI
1.Pentingkan batas sempadan
2. Seorang Rakan Yang setia
3. Berfikiran terbuaka
4. Tenang dan waras
5. Menghargai masa

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Terdapat 3 gangguan keperibadian

• Bukan sekadar introvert, suka menyendiri bisa menjadi salah satu tanda dari gangguan
kepribadian. Mari kenali apa saja gangguan kepribadian yang identik dengan sikap suka
menyendiri.

• Bagi pemilik kepribadian introvert atau ambivert, mengasingkan diri dari lingkungan
sosial memberikan keselesaan dan kekuatan. Dengan menyendiri, mereka menjadi
lebih produktif dalam memikirkan segala sesuatu yang ada dalam fikirannya.

• Namun, tidak selamanya seseorang yang suka menyendiri memiliki kepribadian
introvert. Sering menyendiri juga bisa disebabkan oleh gangguan kepribadian.

Gangguan Keperibadian dengan sikap suka Menyendiri

• Berikut adalah ini adalah tiga gangguan kepribadian yang ada kaitan dengan sikap suka
menyendiri:

1.Schizoid
Gangguan kepribadian schizoid memiliki ekspresi emosional yang terbatas terutama ketika
menjalin komunikasi dengan orang lain. Pengidap gangguan kepribadian ini cenderung
tidak ingin rapat atau menjalinkan hubungan dengan orang lain, termasuk keluarga.
• Selain itu, ciri lain dari penderita schizoid adalah acuh terhadap pujian dan kritikan,

menghindari berbagai aktiviti yang melibatkan banyak orang, dan lebih senang
melakukan aktiviti seorang diri. Mereka yang tergolong dalam kategori ini hanya
memiliki sedikit teman atau rakan.
.

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Terdapat 3 gangguan keperibadian

2. Schizotypal
• Schizotypal adalah gangguan keperibadian eksentrik di mana seseorang memiliki pola

pemikiran dan tindakan yang berbeza dengan orang lain sehingga kelihatan pelik.
• Seseorang dengan gangguan kepribadian schizotypal memiliki kepercayaan yang pelik,

sehingga memengaruhi caranya berfikir dan bertindak, mengekspresikan emosi,
memahami realiti, dan cara berhubung dengan orang lain.
• Biasanya orang yang memiliki gangguan kepribadian schizotypal memiliki gejala suka
menyendiri, salah menginterpretasikan peristiwa, memiliki pemikiran dan perilaku yang
aneh, respons emosional yang tidak pantas, dan kecemasan sosial yang berlebihan.

3.Gangguan Kepribadian Menghindar
• Avoidant personality disorder atau gangguan keperibadian menghindar adalah

gangguan keperibadian dengan ciri utama menghindari interaksi sosial kerana merasa
lebih rendah diri berbanding orang lain.
• Gangguan kepribadian ini juga ditandai dengan ketidakmampuan untuk bersosial serta
sensitif terhadap penolakan dan kritik yang ditujukan kepada dirinya.
• Seseorang yang mengalami gangguan kepribadian menghindar juga memiliki ciri-ciri
lain, seperti menghindari pekerjaan yang melibatkan interaksi sosial dengan orang lain,
cenderung merasa tidak mempunyai kecekapan, dan sangat ragu untuk mengambil
risiko.
• Jika Anda merasa terlalu sering ingin menyendiri, terlebih jika disertai dengan ciri-ciri
yang telah disebutkan di atas, disarankan untuk bertemu pakar psikologi. Psikolog dapat
membantu Anda untuk mengenal kepribadian Anda lebih dalam dan mencari cara untuk
mengarahkan atau mengendalikannya.

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1

Langkah mengatasinya :
• Terapi kognitif dengan cara mengubah cara berfikir
• Terapi psikodinamik yaitu untuk melihat pengalaman dahulu terutama yang

mempengaruhi pemikiran
• Biasanya akan lebih baik bila dikombinasi dengan kegiatan yang baik seperti

-Hindari stress
-Mulai berfikir secara positif
- Menggunakan waktu terluang dengan perkara yang baik dan bermanfaat

seperti berzikir dan mengaji
-Menjaga dan mendirikan Solat 5 waktu

Doa ini perlu dibaca tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang nescaya
tidak akan ditimpa keburukan pada hari itu. Menurut Sunnan at-Tarmidzi dikatakan
"Sesiapa yang membaca doa ini sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang, maka tidak
akan ditimpa keburukan/musibah pada hari itu“

DARI : MAWAR BERDURI

ANDA TANYA, SAYA JAWAB
SLOT 1


Click to View FlipBook Version