Psikologi Gunaan

Psikologi: Apakah Yang Terlibat?

Document

 

Fuzzy & clear brain image

 

Psikologi: Apakah Yang Terlibat?

Kajian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2015 telah mendapati bahawa gangguan mental dalam kalangan orang dewasa di negara ini adalah kira-kira 29%. (Sumber: NCBI)

Dengan stres kehidupan yang semakin meningkat, kejadian gangguan psikologi juga semakin meningkat setiap hari. Mari kita belajar lebih lanjut mengenai gangguan ini dan klasifikasinya.

Apa itu psikologi?

Psikologi mengkaji minda dan tingkah laku manusia, serta tindak balasnya kepada sesuatu keadaan. Psikologi menggunakan pelbagai cabang sains, termasuk sains perubatan dan sains sosial. Ia menggabungkan teori psikologi dan latihan klinikal untuk meredakan/mencegah pelbagai masalah kesihatan mental.

Rawatan psikologi (dikenali sebagai psikoterapi) dijalankan oleh pakar yang akan bercakap dengan pesakit tentang pemikiran, emosi, kebimbangan mental, serta trauma mereka. Pakar ini dipanggil ahli psikologi.

Kesihatan mental seseorang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Ini termasuk:

  • Genetik
  • Isu perhubungan
  • Keadaan hidup
  • Stres
  • Persekitaran
  • Trauma zaman kanak-kanak/masa lalu
  • Rasa takut dan fobia

Bergantung pada keperluan pesakit, teknik psikologi khusus seperti psikoterapi, meditasi, terapi hipnosis, teknik santaian dan kaunseling akan digunakan.

Ahli psikologi selalunya bekerja rapat dengan pakar psikiatri, yang akan mempreskripsikan ubat yang diperlukan oleh pesakit berserta dengan psikoterapi.

Apakah yang dilakukan oleh ahli psikologi?

Ahli profesional ini membantu mendiagnosis dan merawat pesakit yang mengalami pelbagai gangguan psikologi dan penyakit kesihatan mental. Ahli psikologi klinikal selalunya dilatih dengan pelbagai teknik seperti kaunseling, psikoterapi, terapi hipnosis dan terapi berkumpulan.

Group of doctor meeting image

Masalah dan gejala psikologi yang biasa

Berikut adalah beberapa masalah psikologi yang ketara, dan memerlukan bantuan khusus:

Kemurungan

Ini adalah salah satu daripada masalah kesihatan mental yang sering terjadi.

Menurut kajian oleh NCBI tentang kemurungan dan kerisauan dalam populasi Malaysia semasa COVID-19 (gelombang ketiga), sebanyak 25.1% peserta telah mengalami gejala kemurungan teruk, manakala 18.7% mengalami gejala ringan. (Sumber: NCBI).

Gejala biasa termasuk:

  • Sentiasa merasa sedih, tidak berguna, rendah diri dan letih.
  • Kurang berminat dengan aktiviti sehari-hari.
  • Selera makan bertambah/berkurang tanpa sebab.
  • Perubahan dalam corak tidur seperti insomnia.
  • Perubahan dalam pertuturan.
  • Pergerakan yang perlahan.
  • Memikirkan tentang bunuh diri atau perkara berkaitan dengan kematian.
  • Penumpuan yang lemah.

Jika tidak dirawat, ia boleh menjadi kemurungan akut dan mungkin memerlukan beberapa rawatan metodologi seperti kaunseling, terapi dan ubat-ubatan.

Masalah kesihatan tertentu seperti kekurangan vitamin, ketidakseimbangan hormon, tumor otak dan sebagainya juga boleh menyebabkan kemurungan.

Keresahan

Ia ditakrifkan sebagai perasaan takut atau panik yang sukar untuk diatasi dan mengganggu keupayaan untuk membuat keputusan sehari-hari serta prestasi kerja. Gangguan keresahan diklasifikasikan sebagai:

  • Gangguan keresahan menyeluruh (GAD)
  • Gangguan panik
  • Fobia

Punca sebenar mengapa manusia boleh merasa resah sehingga melepasi tahap biasa masih tidak diketahui. Bagaimanapun, sebab-sebab seperti trauma zaman kanak-kanak, sejarah gangguan kesihatan mental dalam keluarga, dan masalah kesihatan tertentu boleh menambahkan risikonya.

Tanda-tanda termasuk:

  • Degupan jantung yang pantas dan berdebar-debar
  • Pening
  • Sesak nafas
  • Perubahan tingkah laku secara mengejut dan tidak dijangka
  • Kegelisahan
Gangguan personaliti

Corak pemikiran yang tidak sihat sehingga mempengaruhi fungsi sosial normal seseorang boleh tergolong dalam gangguan personaliti. Ia boleh menjejaskan fungsi sehari-hari, daya membuat keputusan dan perhubungan orang tersebut.

Gangguan personaliti yang berbeza menunjukkan gejala yang berbeza. Bagaimanapun, gejala-gejala itu mungkin mengelirukan dan sukar untuk diklasifikasikan sebagai satu penyakit. Anda disyorkan agar berjumpa ahli psikologi jika anda atau orang yang anda sayangi disyaki mempunyai gangguan personaliti.

  1. Gangguan personaliti paranoid
    • Bersikap curiga terhadap orang lain
    • Bersikap curiga terhadap orang lain
    • Berimaginasi yang orang lain cuba mencederakan kita
    • Reaksi melampau atas teguran biasa
    • Masih berdendam dengan kejadian lampau
  2. Gangguan personaliti Schizoid
    • Kurang berminat untuk bersosial atau menjalinkan hubungan peribadi
    • Lemah dalam kebolehan meluahkan atau memahami emosi
    • Tidak berupaya untuk memahami isyarat sosial
    • Suka bersendirian sepanjang masa
  3. Gangguan personaliti pinggiran
    • Tidak berupaya untuk menguruskan perhubungan
    • Perubahan emosi yang berterusan
    • Cetusan kemarahan secara mengejut
    • Takut ditinggalkan
    • Takut ditinggalkan
    • Kecenderungan bunuh diri
    • Gangguan makan
    • Keresahan
    • Tingkah laku impulsif
  4. Gangguan personaliti obsesif-kompulsif (OCD)
    • Kelakuan melampau seperti mahukan barang untuk sentiasa kemas, standard kesempurnaan yang tidak realistik, terlampau menurut arahan dan peraturan
    • Kelakuan mendominasi dan mengawal
    • Ketidakupayaan untuk membuang barang tidak berguna
    • Ketidakupayaan untuk bebas menikmati suasana yang seronok
    • Pemikiran yang degil
  5. Gangguan personaliti Skizotipal
    • Menyimpan kepercayaan pelik
    • Percaya akan suara yang tidak wujud
    • Keresahan sosial melampau
    • Ketidakupayaan untuk memahami emosi

Selain daripada di atas, ada pelbagai klasifikasi gangguan personaliti yang lain seperti gangguan personaliti menghindar, gangguan personaliti narsisistik, gangguan personaliti bergantung.

Ketagihan

Ketagihan berlaku apabila terdapat respons melampau terhadap penggunaan bahan atau tingkah laku tertentu. Ia merupakan masalah otak yang kronik dan boleh dikaitkan dengan gen, keadaan emosi dan juga keadaan persekitaran.

Ketagihan bahan termasuk ketagihan kepada alkohol, kafeina, atau dadah tertentu yang menyebabkan khayal. Ketagihan tingkah laku termasuk berjudi, bermain permainan video, kelakuan seksual tertentu dan sebagainya.

Tanda-tanda yang ketara adalah:

  • Penafian atau tidak menerima ketagihan
  • Tidak dapat memahami kemudaratannya walaupun selepas melihatnya
  • Berahsia
  • Perubahan emosi
  • Perubahan corak tidur dan makan
  • Mengutamakan ketagihan berbanding perasaan keluarga/rakan-rakan
  • Kurang berminat dengan aktiviti sehari-hari.
  • Ketidakupayaan untuk berfikir secara normal
  • Kemarahan secara tiba-tiba dan gelisah apabila ketagihan tidak dipenuhi
Gangguan perangai (Gangguan eksplosif selangan)

Gangguan ini bercirikan ledakan atau tingkah laku agresif secara mengejut dan impulsif yang tidak sesuai dengan situasi. Antara contohnya adalah baran jalanan, membaling objek dan kerap terlibat dalam pergaduhan fizikal.

Gangguan makan

Masalah mental yang menjurus kepada tabiat makan yang tidak sihat diklasifikasikan sebagai gangguan makan. Beberapa gangguan yang biasa termasuk:

  • Anoreksia nervosa
  • Bulimia nervosa
  • Gangguan makan gelojoh
  • Pika
  • Gangguan ruminasi
  • Gangguan pencaharan
  • Sindrom makan malam

Tanda dan gejala termasuk:

  • Berat badan yang tidak sihat (berat badan berlebihan/kurang)
  • Corak pemakanan yang tidak sihat
  • Terlebih risau tentang berat badan naik/turun
  • Makan gelojoh
  • Menurutkan tingkah laku pencaharan
  • Makan secara rahsia
  • Kekurangan pemakanan
Gangguan tekanan pascatrauma (PTSD)

Ini adalah masalah yang tercetus pada seseorang yang pernah menyaksikan peristiwa traumatik yang khusus. Ia boleh bermula dalam masa beberapa hari selepas kejadian atau lebih lama lagi dalam kehidupan.

Gejalanya termasuk:

  • Mimpi ngeri yang kerap
  • Emosi yang tidak terkawal
  • Memori yang menakutkan
  • Perasaan putus asa
  • Mengelak daripada orang, tempat atau aktiviti tertentu
  • Rasa rendah diri
  • Kurang berminat dengan aktiviti sehari-hari
  • Insomnia
  • Mudah terkejut
  • Keresahan dan serangan panik
  • Masalah menumpukan perhatian
  • Cetusan kemarahan yang kerap
Stres

Ini adalah keadaan bimbang yang tidak dapat dikawal sewajarnya oleh seseorang. Ia boleh bersifat jangka pendek (stres akut) atau jangka panjang (stres kronik).

Masalah stres kronik mungkin menunjukkan gejala seperti:

  • Lemah ingatan
  • Rasa tidak sihat
  • Sakit kepala dan leher
  • Rahang kaku atau ketap gigi
  • Cirit-birit atau sembelit
  • Gangguan makan
  • Ketagihan
  • Berat badan menurun/bertambah

Diagnosis dan Pemeriksaan untuk Masalah Psikologi

Ahli psikologi akan mulakan dengan bercakap secara santai dengan pesakit (atau, dalam kes tertentu, dengan orang yang mereka sayangi) untuk memahami keadaan mental mereka. Kadang-kadang, ini dilakukan dengan bertanya soalan-soalan spesifik. Teknik diagnostik yang lain termasuk ujian untuk menolak kemungkinan masalah kesihatan fizikal, dan ujian saringan dadah.

Pilihan rawatan untuk masalah psikologi

Ahli psikologi menggunakan pelbagai teknik rawatan (atau kombinasi beberapa teknik) untuk merawat pesakit. Rawatan mungkin berbeza daripada satu kes kepada satu kes yang lain.

  • Terapi tingkah laku kognitif (CBT)
  • Terapi tingkah laku dialektik (DBT)
  • Terapi fokus emosi (EFT)
  • Hipnoterapi
  • Terapi keluarga
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi interpersonal
  • Psikoterapi psikodinamik
  • Terapi berdasarkan mentalisasi
  • Terapi seni kreatif
  • Terapi bermain
  • Kauseling perhubungan
  • Ceramah motivasi

Kesimpulan

Gangguan psikologi selalunya dianggap sebagai topik perbincangan yang terlarang. Kebanyakan pesakit (dan juga orang yang mereka sayangi) akan mengelak daripada memberitahu isu ini kepada doktor, dan ini akan menyebabkan masalah itu menjadi kronik.

Anda dinasihatkan agar berunding dengan ahli psikologi semasa gejala masih sederhana. Umumnya, isu psikologi perlu diterima sebagai perkara normal dan ia boleh dirawat melalui pendekatan yang betul.

Hubungi Hospital Gleneagles yang terdekat untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkhidmatan Psikologikami.

Rujukan:

Gangguan mental di Malaysia, Tersedia di: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8554924/#:~:text=The%20burden%20of%20mental%20disorders,%25%20CI%2027.9%E2%80%9330.5).&text=This%20is%20a%20threefold%20increase,prevalence%20rate%20identified%20in%201996 [Accessed on 26 February 2022]

Gangguan mental, WHO, Tersedia di: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/mental-disorders [Accessed on 26 February 2022]

"Gangguan mental, gejala, dan puncanya", Tersedia di: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mental-illness/symptoms-causes/syc-20374968 [Accessed on 26 February 2022]

Hubungan kecemasan
Gleneagles Hospital Kota Kinabalu
Ambulans / Kecemasan
+6088 518 911
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
Ambulans / Kecemasan
+603 4141 3018
Gleneagles Hospital Penang
Ambulans / Kecemasan
+604 222 9199
Gleneagles Hospital Medini Johor
Ambulans / Kecemasan
+607 560 1111
Pilih Hospital