Laman UtamaBTC / COP • Mata wang kripto
add
Bitcoin (BTC / COP)
Tutup sebelumnya
333,761,283.26
Berita utama
Perihal Bitcoin
Bitcoin merupakan wang elektronik yang dicipta pada tahun 2009 oleh Satoshi Nakamoto. Nama tersebut juga dikaitkan dengan perisian sumber terbuka yang dirancang oleh beliau, dan juga menggunakan rangkaian peer-to-peer tanpa simpanan terpusat atau pentadbir tunggal di mana Jabatan Kewangan Amerika Syarikat menyebut bitcoin sebuah mata wang yang terdesentralisasi. Tidak seperti mata wang pada umumnya, bitcoin tidak tergantung dengan mempercayai penerbit utama. Bitcoin menggunakan sebuah database yang didistribusikan dan merebak ke nodus dari sebuah rangkaian P2P ke jurnal transaksi, dan menggunakan kriptografi untuk membekalkan fungsi-fungsi keselamatan asas seperti memastikan bahawa bitcoin-bitcoin hanya dapat dihabiskan oleh orang yang memilikinya, dan tidak pernah boleh dilakukan lebih daripada satu kali.
Pada Ogos 2008, nama domain Bitcoin.org telah didaftarkan. Hari ini, sekurang-kurangnya, domain ini adalah WhoisGuard Protected, bermakna identiti orang yang mendaftarkannya bukan maklumat awam. WikipediaPerihal Peso Colombia
Peso Colombia merupakan mata wang Colombia. Kod ISO 4217 nya ialah COP. Simbol peso rasmi ialah $, dengan Col$. juga digunakan untuk membezakannya daripada mata wang lain dalam denominasi peso dan dolar.
Satu peso secara teorinya dibahagikan kepada seratus sen; bagaimanapun, disebabkan inflasi yang tinggi pada 1970-an dan 1980-an, semua pencetakan syiling centavo telah dihentikan pada 1984. Syiling 5, 10, 20 dan 50 peso masih sah, tetapi disebabkan nilai dan peredarannya yang rendah, kebanyakan urus niaga tunai dibundarkan kepada 100 peso yang terdekat. Wikipedia