Laman UtamaCNY / EUR • Mata wang
add
CNY / EUR
Tutup sebelumnya
0.13
Berita pasaran
Perihal Yuan Cina
Renminbi merupakan mata wang Republik Rakyat China. Nama penuh bagi Renminbi ialah Syling Bank Rakyat China. Singkatan kod rasmi ISO 4217 ialah CNY(ChiNa Yuan), Tetapi singkatan yang digunakan pada peringkat antarabangsa ialah RMB dan simbolnya ialah ¥.
Renminbi pernah dipaut pada nilai 8.28 terhadap dolar AS selama 11 tahun hingga 21 Julai 2005. Hal ini menimbulkan kecaman daripada Amerika Syarikat yang menganggap hal ini dilakukan China untuk menjaga agar barang-barang keluaran negara tersebut kekal murah di pasaran antarabangsa. Bersama-sama dengan apungan kembali mata wang Ringgit Malaysia, Renminbi akhirnya dinilai kembali pada 8.11 dolar AS per satu Renminbi. WikipediaPerihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. Wikipedia