Laman UtamaCNY / HKD • Mata wang
add
CNY / HKD
Tutup sebelumnya
1.09
Berita pasaran
Perihal Yuan Cina
Renminbi merupakan mata wang Republik Rakyat China. Nama penuh bagi Renminbi ialah Syling Bank Rakyat China. Singkatan kod rasmi ISO 4217 ialah CNY(ChiNa Yuan), Tetapi singkatan yang digunakan pada peringkat antarabangsa ialah RMB dan simbolnya ialah ¥.
Renminbi pernah dipaut pada nilai 8.28 terhadap dolar AS selama 11 tahun hingga 21 Julai 2005. Hal ini menimbulkan kecaman daripada Amerika Syarikat yang menganggap hal ini dilakukan China untuk menjaga agar barang-barang keluaran negara tersebut kekal murah di pasaran antarabangsa. Bersama-sama dengan apungan kembali mata wang Ringgit Malaysia, Renminbi akhirnya dinilai kembali pada 8.11 dolar AS per satu Renminbi. WikipediaPerihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. Wikipedia