Laman UtamaCNY / JPY • Mata wang
add
CNY / JPY
Tutup sebelumnya
22.18
Berita pasaran
Perihal Yuan Cina
Renminbi merupakan mata wang Republik Rakyat China. Nama penuh bagi Renminbi ialah Syling Bank Rakyat China. Singkatan kod rasmi ISO 4217 ialah CNY(ChiNa Yuan), Tetapi singkatan yang digunakan pada peringkat antarabangsa ialah RMB dan simbolnya ialah ¥.
Renminbi pernah dipaut pada nilai 8.28 terhadap dolar AS selama 11 tahun hingga 21 Julai 2005. Hal ini menimbulkan kecaman daripada Amerika Syarikat yang menganggap hal ini dilakukan China untuk menjaga agar barang-barang keluaran negara tersebut kekal murah di pasaran antarabangsa. Bersama-sama dengan apungan kembali mata wang Ringgit Malaysia, Renminbi akhirnya dinilai kembali pada 8.11 dolar AS per satu Renminbi. WikipediaPerihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. Wikipedia