Laman UtamaEUR / KWD • Mata wang
add
EUR / KWD
Tutup sebelumnya
0.33
Berita pasaran
Perihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. WikipediaPerihal Dinar Kuwait
Dinar Kuwait merupakan mata wang yang dipergunakan di Kuwait, Asia. Kod ISO 4217-nya adalah KWD. Mata wang ini dibahagi kembali menjadi 1,000 fil. Sebagai mata wang bernilai paling tinggi di dunia, 1 dinar Kuwait setara dengan Rp 30,000.00.
Mata wang ini diperkenalkan pada tahun 1961 untuk menggantikan Rupee Teluk. Antara tahun 1990-1991, sebagai akibat Perang Teluk I, Kuwait menggunakan dinar Iraq. Wikipedia