Laman UtamaEUR / KZT • Mata wang
add
EUR / KZT
Tutup sebelumnya
506.53
Berita pasaran
Perihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. WikipediaPerihal Tenge Kazakhstan
Tenge Kazakhstan merupakan mata wang utama di Kazakhstan. Mata wang ini mulai digunakan sejak tahun 1993 menggantikan mata wang Rubel dalam rata-rata 1 tenge ke 500 rubel. Setiap satuan mata wang ini dibahagi menjadi 100 tiyn.
1000 tenge commemorative banknote for 2010 year - the Chairmanship of Kazakhstan in OSCE Wikipedia