Laman UtamaEUR / NGN • Mata wang
add
EUR / NGN
Tutup sebelumnya
1,794.90
Berita pasaran
Perihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. WikipediaPerihal Naira Nigeria
Naira [nai.ra] adalah mata wang rasmi Nigeria. Ia dibahagikan kepada 100 unit kecil bernama kobo. Bank Pusat Nigeria adalah pengeluar tunggal wang tender sah di seluruh negara tersebut melalui pengawalan peredaran bekalan wang yang dibekalkan dalam ekonomi demi memastikan kestabilan kewangan dan harga.
Matawang ini diperkenalkan pada 1 Januari 1973 sebagai menggantikan paun Nigeria pada kadar 2 naira = 1 paun. Nama naira datangnya daripada kependekan sebutan nama "Nigeria" manakala nilai bawahan ia kobo datang daripada sebutan pelat perkataan copper.
Pada Oktober 2021, eNaira, versi digital mata wang negeri, dilancarkan secara rasmi di Nigeria. Wikipedia