Laman UtamaEUR / XCD • Mata wang
add
EUR / XCD
Tutup sebelumnya
2.94
Berita pasaran
Perihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. WikipediaPerihal Dolar Caribbean Timur
Dolar Caribbean Timur ialah mata wang daripada kesemua tujuh ahli penuh dan seorang ahli bersekutu Pertubuhan Negara Caribbean Timur. Selaku pengganti kepada dolar Hindia Barat Britain, ia wujud sejak 1965, dan biasanya disingkatkan dengan tanda dolar $ atau, sebagai alternatif, EC$ untuk membezakannya daripada mata wang lain dalam denominasi dolar. EC$ dibahagikan kepada 100 sen. Ia telah ditambat kepada dolar Amerika Syarikat sejak 7 Julai 1976, pada kadar pertukaran US$1 = EC$2.70.
Enam negara yang menggunakan EC$ ialah negara berdaulat: Antigua dan Barbuda, Dominica, Grenada, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, dan Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Dua lagi, Anguilla dan Montserrat, ialah Wilayah Luar Negeri British. Negeri-negeri ini semuanya merupakan ahli Kesatuan Mata Wang Caribbean Timur. Wikipedia