Laman UtamaEUR / XPF • Mata wang
add
EUR / XPF
Tutup sebelumnya
119.39
Berita pasaran
Perihal Euro
Euro merupakan mata wang rasmi di negara-negara zon euro iaitu Austria, Belanda, Belgium, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Ireland, Itali, Jerman, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Perancis, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol dan Yunani. Lithuania menerima pakai euro sebagai mata wang rasmi menggantikan matawang litas yang sebelumnya pada 1 Januari 2015. Euro merupakan mata wang tunggal untuk 320 juta warga Eropah. Dengan jumlah edaran sebanyak €610 bilion pada Disember 2006, euro merupakan mata wang yang mempunyai nilai tergabung yang tertinggi di dunia, melebihi dolar AS.
Euro diperkenalkan kepada pasaran dunia pada tahun 1999 sebagai mata wang perakaunan dan mula digunakan secara fizikal pada 1 Januari 2002 menggantikan Unit Mata Wang Eropah yang terdahulu pada kadar 1:1.
Euro diurus dan dikawal oleh Bank Pusat Eropah, yang beribu pejabat di Frankfurt, dan Sistem Bank-bank Pusat Eropah yang terdiri daripada bank pusat setiap negara ahli zon euro. ECB mempunyai kuasa tunggal menentukan dasar mata wang, manakala ESCB membantu dalam mencetak, mengilang dan mengagihkan kertas wang dan syiling di setiap negara ahli, serta operasi segala sistem pembayaran zon euro. WikipediaPerihal Franc CFP
Franc CFP ialah mata wang yang digunakan di jajahan seberang laut Perancis Polinesia Perancis, New Caledonia dengan Wallis dan Futuna. Singkatan CFP asalnya bermaksud Colonies Françaises du Pacifique. Ini kemudian diubah kepada Communauté Financière du Pacifique dan kemudian kepada istilah kininya, Change Franc Pacifique. Kod mata wang ISO 4217 franc CFP ialah XPF. Ordinan pada 15 September 2021, yang mula berkuat kuasa pada 26 Februari 2022, mentakrifkan nama franc CFP sebagai "franc komuniti Perancis di Pasifik". Wikipedia