Laman UtamaHKD / KWD • Mata wang
add
HKD / KWD
Tutup sebelumnya
0.039
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Dinar Kuwait
Dinar Kuwait merupakan mata wang yang dipergunakan di Kuwait, Asia. Kod ISO 4217-nya adalah KWD. Mata wang ini dibahagi kembali menjadi 1,000 fil. Sebagai mata wang bernilai paling tinggi di dunia, 1 dinar Kuwait setara dengan Rp 30,000.00.
Mata wang ini diperkenalkan pada tahun 1961 untuk menggantikan Rupee Teluk. Antara tahun 1990-1991, sebagai akibat Perang Teluk I, Kuwait menggunakan dinar Iraq. Wikipedia