Laman UtamaHKD / MWK • Mata wang
add
HKD / MWK
Tutup sebelumnya
221.79
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Malawi Kwacha
Kwacha ialah mata wang Malawi sejak 1971, menggantikan paun Malawi. Ia terbahagi kepada 100 tambala. Kwacha menggantikan jenis mata wang yang lain, iaitu paun sterling UK, rand Afrika Selatan dan dolar Rhodesia, yang sebelum ini beredar melalui ekonomi Malawi. Kadar pertukaran kwacha mengalami penyesuaian berkala yang tetap tetapi sejak 1994 kadar pertukaran telah terapung. Pada 2005, langkah pentadbiran telah dikenakan oleh Bingu wa Mutharika untuk memancang kadar pertukaran dengan mata wang yang lain. Wang kertas dikeluarkan oleh Bank Simpanan Malawi. Pada Mei 2012, Bank Simpanan Malawi menurunkan nilai kwacha sebanyak 34% dan tidak memancangkannya daripada dolar Amerika Syarikat. Wikipedia