Laman UtamaHKD / MXN • Mata wang
add
HKD / MXN
Tutup sebelumnya
2.36
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Peso Mexico
Peso Mexico merupakan matawang negara Mexico. Ia boleh dibahagikan kepada 100 centavos.
Simbol yang digunakan untuk peso ialah "$", manakala centavos adalah dalam bentuk "¢". Kini, kod ISO 4217nya ialah MXN. Di samping Mexico, peso juga digunakan di beberapa negara bekas jajahan Sepanyol yang lain. Wikipedia