Laman UtamaHKD / PAB • Mata wang
add
HKD / PAB
Tutup sebelumnya
0.13
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Balboa Panama
Balboa bersama-sama dengan Dolar Amerika Syarikat merupakan mata wang rasmi bagi negara Panama. 1 unit balboa dibahagikan kepada 100 centésimos.
Mata wang ini dinamakan sedemikian sempena Vasco Núñez de Balboa, seorang penjelajah Sepanyol yang berjaya merentasi Genting Panama sehingga melihat Lautan Pasifik serta mengasaskan petempatan tetap pertama Sepanyol di tanah Panama. Wikipedia