Laman UtamaHKD / PHP • Mata wang
add
HKD / PHP
Tutup sebelumnya
7.50
Berita pasaran
Perihal Dolar Hong Kong
Dolar Hong Kong ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016. Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.
Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong. WikipediaPerihal Peso Filipina
Peso Filipina ialah mata wang Filipina. Ia dibahagikan kepada 100 centavos atau sentimo. Sebelum 1967, bahasa yang digunakan pada nota bank dan duit syiling Filipina ialah bahasa Inggeris and oleh it, "peso" ialah nama yang digunakan. Bahasa yang digunakannya kemudian ditukarkan kepada bahasa Pilipino dan oleh itu, nama yang digunakan pada nota bank dan duit syiling sekarang ialah piso.
Peso biasa dilambangkan oleh simbol "". Simbol ini dimasukkan ke dalam piawai Unikod sejak Versi 3.2 dan diperuntukkan
U+20B1. Cara menulis simbol Peso Filipina yang lain termasuk "PHP", "PhP", "P", atau "P" yang masih merupakah kaedah yang paling umum kerana simbol Peso Unikod masih tidak disokong oleh fon-fon utama dan/atau pelantar silang.
Duit-duit syiling ditempa di Bank Pusat Filipina dengan nota bank, pasport, buku rekod pengenalan pelaut, hak milik tanah, cek, kertas undi rasmi, keputusan pilihan raya, buku simpanan, kiriman wang, setem hasil, bond kerajaan, dan dokumen-dokumen pemerintahan yang lain dicetak, baik di Kompleks Loji Keselamatan ataupun di Jabatan Percetakan Negara. Wikipedia