Laman UtamaJPY / ILS • Mata wang
add
JPY / ILS
Tutup sebelumnya
0.025
Berita pasaran
Perihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. WikipediaPerihal Syekel Baharu Israel
Sheqel/Shekel/Syikal Baru Israel atau ringkasnya sheqel/shekel/syikal Israel merupakan mata wang dipakai di entiti negara Israel serta wilayah Gaza dan Tebing Barat Palestin taklukannya. Mata wang ini menggantikan unit syikal lama pada tahun 1985 dengan kadar 1000 sheqel lama = 1 sheqel baru. Sheqel baru ini dibahagikan kepada 100 agora.
"Sheqel" sekembar Semitik dengan kata Arab: ثِقْل, rumi: thiql "bebanan; muatan" sekaligus seakar nama unit timbangan miskal. Dalam Bahasa Ibrani, Sheqel baru ini biasanya disingkatkan kepada ש"ח. Simbol Sheqel baru ₪, merupakan gabungan huruf pertama perkataan sheqel dan ḥadash. Namun simbol ini terbukti tidak popular, dan singkatan dua huruf adalah lebih banyak digunakan. Wikipedia