Laman UtamaJPY / XPF • Mata wang
add
JPY / XPF
Tutup sebelumnya
0.73
Berita pasaran
Perihal Yen Jepun
Yen merupakan unit mata wang yang digunakan secara rasmi di Jepun. Ia merupakan mata wang ketiga yang paling didagangkan selepas dolar Amerika Syarikat dan Euro. Mata wang ini turut digunakan sebagai suatu mata wang rizab selain dolar AS, euro dan paun sterling.
Yen diperkenalkan ketika Zaman Meiji sebagai suatu proses keseragaman mata wang menggantikan sistem wang yang rumit yang diperkenalkan pemerintah-pemerintah feudal sekitar Jepun sejak Zaman Edo. Akta Mata Wang Baru tahun 1871 menetapkan penggunaan sistem akaun perpuluhan untuk mata wang yen, sen, dan rin, dengan duit syiling yang dikilang dalam bentuk bulat, seperti di Barat. Unit yen ditetapkan pada nilai 0.8667 auns troy perak dan kadar ini masih berkuat kuasa hingga kini. WikipediaPerihal Franc CFP
Franc CFP ialah mata wang yang digunakan di jajahan seberang laut Perancis Polinesia Perancis, New Caledonia dengan Wallis dan Futuna. Singkatan CFP asalnya bermaksud Colonies Françaises du Pacifique. Ini kemudian diubah kepada Communauté Financière du Pacifique dan kemudian kepada istilah kininya, Change Franc Pacifique. Kod mata wang ISO 4217 franc CFP ialah XPF. Ordinan pada 15 September 2021, yang mula berkuat kuasa pada 26 Februari 2022, mentakrifkan nama franc CFP sebagai "franc komuniti Perancis di Pasifik". Wikipedia