Laman UtamaUSD / COP • Mata wang
add
USD / COP
Tutup sebelumnya
4,148.15
Berita pasaran
Perihal Dolar AS
Dolar Amerika Syarikat ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.
Diterima guna sejak 6 Julai 1785, dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa. Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya. Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara, menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran. WikipediaPerihal Peso Colombia
Peso Colombia merupakan mata wang Colombia. Kod ISO 4217 nya ialah COP. Simbol peso rasmi ialah $, dengan Col$. juga digunakan untuk membezakannya daripada mata wang lain dalam denominasi peso dan dolar.
Satu peso secara teorinya dibahagikan kepada seratus sen; bagaimanapun, disebabkan inflasi yang tinggi pada 1970-an dan 1980-an, semua pencetakan syiling centavo telah dihentikan pada 1984. Syiling 5, 10, 20 dan 50 peso masih sah, tetapi disebabkan nilai dan peredarannya yang rendah, kebanyakan urus niaga tunai dibundarkan kepada 100 peso yang terdekat. Wikipedia