Laman UtamaUSD / JOD • Mata wang
add
USD / JOD
Tutup sebelumnya
0.71
Berita pasaran
Perihal Dolar AS
Dolar Amerika Syarikat ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents.
Diterima guna sejak 6 Julai 1785, dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa. Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya. Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara, menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran. WikipediaPerihal Dinar Jordan
Dinar Jordan telah menjadi mata wang Jordan sejak 1950. Dinar dibahagikan kepada 10 dirham, 100 qirsh atau 1000 fulus. Ia disandarkan kepada dolar AS.
Bank Sentral Jordan memulakan operasi pada 1964 dan menjadi pengeluar tunggal mata wang Jordan, menggantikan Lembaga Mata Wang Jordan.
Dinar Jordan juga digunakan secara meluas di Tebing Barat bersama-sama Sheqel Israel. Wikipedia