Laman UtamaUSD / XCD • Mata wang
USD / XCD
2.7026
5 Jul, 5:01:00 PTG UTC · Penafian
Kadar Pertukaran
Tutup sebelumnya
2.70
Berita pasaran
Dolar Amerika Syarikat ialah unit mata wang Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat juga diterima guna sebagai mata wang rasmi dan sah oleh kerajaan di beberapa buah negara lain. Dolar A.S. biasanya disingkatkan dalam bentuk tanda dolar yakni $, atau USD atau US$ agar membezakannya dari matawang dolar yang lain dan dari matawang lain yang memakai simbol $. Satu dolar dibahagi kepada 100 cents. Diterima guna sejak 6 Julai 1785, dolar A.S. merupakan mata wang yang paling laris digunakan dalam urus niaga antarabangsa. Sebilangan negara menggunakan dolar A.S. sebagai mata wang rasmi, sementara banyak buah negara lain membenarkan dolar A.S. membenarkan penggunaannya. Pada tahun 1995, lebih AS$380 bilion berada dalam edaran, dua pertiga daripadanya berada di luar Amerika Syarikat. Pada tahun 2005, perangkaan itu sudah berganda menjadi hampir AS$760 bilion, dengan kira-kira setengah hingga dua pertiga berada di luar negara, menandakan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak kira-kira 7.6%. Bagaimanapun, pada Disember 2006, dolar telah diatasi oleh euro dari segi jumlah nilai wang tunai dalam edaran. Wikipedia
Dolar Caribbean Timur ialah mata wang daripada kesemua tujuh ahli penuh dan seorang ahli bersekutu Pertubuhan Negara Caribbean Timur. Selaku pengganti kepada dolar Hindia Barat Britain, ia wujud sejak 1965, dan biasanya disingkatkan dengan tanda dolar $ atau, sebagai alternatif, EC$ untuk membezakannya daripada mata wang lain dalam denominasi dolar. EC$ dibahagikan kepada 100 sen. Ia telah ditambat kepada dolar Amerika Syarikat sejak 7 Julai 1976, pada kadar pertukaran US$1 = EC$2.70. Enam negara yang menggunakan EC$ ialah negara berdaulat: Antigua dan Barbuda, Dominica, Grenada, Saint Kitts dan Nevis, Saint Lucia, dan Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine. Dua lagi, Anguilla dan Montserrat, ialah Wilayah Luar Negeri British. Negeri-negeri ini semuanya merupakan ahli Kesatuan Mata Wang Caribbean Timur. Wikipedia
Temui lagi
Anda mungkin meminati
Senarai ini dijanakan daripada carian terkini, sekuriti yang diikuti dan aktiviti lain. Ketahui lebih lanjut

Semua data dan maklumat disediakan “seperti adanya” untuk tujuan bermaklumat peribadi sahaja, dan bukan bertujuan sebagai nasihat kewangan atau untuk tujuan perdagangan atau nasihat pelaburan, cukai, undang-undang, perakaunan atau nasihat lain. Google bukan penasihat pelaburan atau penasihat kewangan dan tidak menyatakan pandangan, syor atau pendapat berkenaan mana-mana syarikat yang termasuk dalam senarai ini atau mana-mana sekuriti yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Sila berunding dengan broker atau wakil kewangan anda untuk mengesahkan harga sebelum menjalankan perdagangan. Ketahui lebih lanjut
Cari
Kosongkan carian
Tutup carian
Apl Google
Menu utama